Monday, December 27, 2010

Pelaburan yang menguntungkan



Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya.

Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat daripada 255.95 USD/Oz kepada USD1353.30 / Oz . Ini adalah kenaikan 428.73% (bersamaan purata 42.87% setahun!

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan emas fizikal

2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas

2. Jongkong emas

3. Barangan kemas

Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.

No comments:

Post a Comment